Catatan

Assalamualaikum Hari ini pertama kali aku menulis blog. Saja nk cuba-cuba. Nak main susun kata memang aku tak pandai,so dari dulu aku suka duduk diam-diam je, masuk dunia fantasi aku, cakap ape aku nak dalam tu. Aku memang tak banyak cakap, bila orang tanya baru aku jawab,itupun kalo aku suka nk jawab. Kalo tak,aku senyum je atau buat tak dengar. Bergantung pada mood.  Sejak akhir-akhir ni memang mood tak berapa nak baik, yang membawa aku ke sini. Aku ibu tunggal anak 4,semua ank lelaki 10, 8, 7 dan 1.5 tahun. Aku baru bercerai bulan 1 2020 selepas 11 tahun berkahwin dengan tentera. Aku yang mintak cerai dan dia bersetuju setelah tengok aku bersungguh walaupun selepas kaunseling. Punca cerai? Entahlah..entahlah..(sebenarnya stuck tak tahu nak cerita dari mana) Mungkin salah aku,mungkin salah dia,mungkin salah kami bersama. Tapi yang aku tengok dan rasa dari perspektif aku, sebenarnya cinta aku pada E tapi sebab cinta tak dibalas, aku cari orang lain yang boleh aku miliki-bekas